Monday, November 24, 2008

Serai Fasa Tiga

Sekarang nih, serai dah abis tanam, cuma tinggal nak kasik baja. Alhamdulillah sekarang nih musim hujan, so, tak payah nak siram. Tak banyak sangat nak tunjuk. Hanya menanti benih serai bercambah jer. Sementara tuh, tengok jer la selingan-selingan yang ada nih.


Buah betik ntah macamana buleh jadik panjang. Dah tuh tak der bijik la plak. Nak mintak pon tak buleh. Pendekut betul buah betik nih.



Nih la rupa betik tuh lepas disingkapkan pembungkus dia. Panjang-panjang tapi kurus sikit rupa buah dia. Tak penah tengok. Kata tuan dia, buah nih kalau masak kaler oren. Asal dia, kata tuan pokok, buah tuh tanam kat rumah macam rupa buah betik biasa. bila tanam kat depan kedai dia jadik panjang-panjang la pulak.



Benih yang dah mula ada anak serai. Huhuhu, seronok dah nih. Tak sabar-sabar nak kasik baja biar lagik cepat besar.



Nih pon sama gak. Isk, rasa macam berbaloi jer buat projek serai kecil-kecilan nih.



Nih la ropa pagar kawat yang suruh bangla tuh buat hari tuh, bukan apa, nak elak lembu dari menceroboh. Habis benih dikudap-kudapkan kalau lembu-lembu tu dapat masuk.




Ini merupakan pemandangan dikebun. Amik gambar pagar ngan jalan tanah jer. So kelisa tak boley masuk. Masuk pakai storm jer.



Yang ini kita belajar pasal fotografi la pulak. Yang sebelah kiri tuh gambar diambil tanpa menggunakan flash. Yang belah kanan tuh diambil dengan menggunakan flash. Tapi kalau nak ambik gambar tanpa menggunakan flash sediakan la tripod. Pasal kalau tidak nanti blur jer gambar. Contoh diatas diambil tanpa menggunakan tripod kerana hanya untuk menjadi sebagai gambar contoh sahaja.

Monday, November 17, 2008

Masih tak habis menanam


Tiga orang pekerja Bangla yang diambil untuk membantu menanam serai, humang aih, dah biasa kerja duduk dalam aircond, buat kerja kat ladang rasa macam nak pitam.


Masih banyak yang perlu dilakukan untuk menanam.


Acara menanam sedang dilakukan oleh pekerja Bangla.


Benih yang sedang bersedia untuk disemai.


Salah seorang pekerja yang sedang tekun memasukkan serai kedalam lubang yang telah disediakan lebih awal.


Belum tanam dah keluar benih, gelojoh betul. Nak kena tanam cepat, takut benih kering la pulak.

Thursday, November 13, 2008

Second Phase Serai Bermula 12 November 2008

Fasa kedua penanaman serai telah dimulakan. Benih-benih serai telah mula diangkut dari negeri XXX (nama terpaksa dirahsiakan atas permintaan pembekal). Perjalanan jauh menggunakan Mitsubishi Storm mengambil masa beberapa jam (sakit bontot duduk dalam storm pasal pegi balik hari jer).

Setelah sampai, dapatlah menikmati pemandangan ladang serai En. XXXX yang indah seluas dua ekar.

Mengikut kata En. XXXX, tanahnya seluas 5 ekar, tetapi beliau hanya mampu mengusahakan sebanyak dua ekar sahaja kerana beliau mengusahakan sendiri disamping beliau bekerja sepenuh masa di negeri Selangor. Sesekali pulang kekampung baru dapat keladang.



Percubaan En. XXXX, satu rumpun dengan 4 batang serai. Takut padat sangat nanti serai tak besar.


Antara rumpun serai yang menarik perhatian saya.

Pemandangan yang indah. Saujana mata memandang, hanya rumpun serai dan bukit yang kehijauan. Sesekali dapat tengok pemandangan macam nih, sejuk mata memandang. Lega rasanya.









Kelihatan atas, saudara Johari sedang melakukan penyusunan benih serai keatas Storm (kenderaan yang kami gunakan). Sampai ke tempat duduk belakang Storm pon penuh diisi dengan benih serai. Baju yang tergantung kat tepi storm tuh merupakan baju penulis, panas woo, penulis bolen jer masa buat kerja nih, hahaha. Macam nak patah pinggang memunggah serai naik storm.




Boleh dilihat melalui gambar diatas betapa mudahnya menanam serai. Belum tanam dah ada benih yang keluar, gelojoh betul serai-serai ni. Dianggarkan sebatang serai mampu untuk mengeluarkan anak sehingga 125 batang, idak ler kawan tau benar ker idak, dengar cerita dari orang lama yang dah berkecimpung selama bertahun-tahun.




Antara benih serai yang berjaya kawan tanam kat kebun pada 12 November 2008. Dapat la buat lima baris jer, lepas tuh naik pitam dan macam nak patah pinggang menonggeng-nonggeng mencocok benih serai masuk dalam lubang kat tanah tuh, tengahari buta pulak lagik. Kena sunburn belakang badan nih (lupa nak pakai sun block) pasal kawan bekerja bolen jer (bukak baju).

Cargo Bridge

Amazon Ads

Currency Converter