Monday, May 25, 2009

Melawat Projek Kelapa Matag Tembangau 7



Lawatan ker kebun kelapa dibawah projek khas oleh petugas ladang Felda Tembangau 7.



Pokok rendah-rendah dah berbuah. Syok la pulak tengok.



Buahnya ada yang tak berambik. Isk, kalau la teman punya.



Syok la pulak. Rasa nak sapetik jer kelapa ni. Nasib baik la projek orang. Tanah dia pon bersih jer. Terjaga la.



Buah pon boleh tahan. Terasa la pulak dahaga ni. Macam nak minum air kelapa la pulak. Tanya harga santan kat Sentul, satu kilo RM4.50. Perghhh...



Ni dia tanam enam batang satu baris. Boleh tahan jugak.

Wednesday, March 4, 2009

Shahrul Kawen

Pada 28hb February 2009 sorang lagi kawan aku kawen. Kat Bahau la plak, nak gi kat Port Klang tak dapek, kena la pegi bila dia buat kat Bahau.



Serba biru pengantin. Sedondon jer.



Nih macam tak sabau jer.



Antara kengkawan yang hadir. Kesian dia, naik motor jer dari Puchong sampai Bahau. Humang aih, mau 130 kilometer jalan pakai motor kapcai jer. Pergh, kebas bontot. Bergegar tolor bang.



Hehehehe... sonyum jo pak cik surang nih. Iyo la, makan dapek, bini pon dapek, apo lai nak eh.

Friday, February 6, 2009

Aisyah Dan Sekolah

Lama tak update blog nih. Sibuk dengan anak dan memacam hal. Kali nih taruk gambar pasal anak jer la.


Aisyah dah masuk sekolah la tahun 2009 nih. Seronok jer dia nak gi sekolah.



Sambil mendokong anak Bang Ngah, Batrisya. Aisyah nak adik, kata dia. Dia tak tau abah dia nih dah sakit-sakit pinggang dah nih.



Berjalan-jalan ke KLCC lepas balik dari SJMC buat MCC (ker apa ntah ke nama procedure tuh) untuk Aisyah. Jumpa plak menatang dinasor T-Rex nih kat Petrosains.



Aisyah sepatutnya masuk acara sukaneka untuk sambutan Hari Wliayah hari tu. Tapi pasal ada murid yang datang lambat, kena tukar masuk acara mewarna. Dapat la kaler free DBKL kasik. Tapi kaler tak abis pon. Puas cekgu dia suruh, buat sahal jer dia. Orang lain dah habis 5 kelopak dia kaler, Aisyah satu pon tak abis. Lahai.

Tapi tak per, Aisyah tak paham lagi apa itu pertandingan.

Monday, December 15, 2008

Projek Sampingan Serai



Serai kat kebun teman berumur dalam sebulan. Mungkin sebab hujan, keadaannya tak berapa kembang sangat. Ada satu kali tuh hujan sampai tiga hari berturut-turut sampai tanah tuh dah jadi macam sawah la pulak.



Rumput dengan serai sama naik. Nak meracun musim hujan nih rasanya tak sesuai kot. Kang kasi racun, hujan, kasi racun, hujan. Habis hanyut jer racun tuh tak sempat rumput nak serap.



Nih la ropa tanah yang asyik kena hujan tuh. Dah la tanah memang bekas sawah, lepas kena hujan hari-hari, langsung jadik sawah balik. Alahai.



Ini projek sampingan serai nih, kat mana ada kawasan yang kosong sikit, kitorang sumbat pulak dengan pokok limau. Tiga jenis limau yang menjadi pilihan ialah limau purut, pasal daun dengan buah dia boleh jual, limau nipis, buah boleh jual, mahal pulak lagik dan akhir sekalik limau kasturi, syok jugak makan buah dia sumbat dengan asam boi. Perghhh... kecot-kecot bibir menyedut, dah lama tak nampak bebudak makan macam tuh. Ntah-ntah budak-budak sekarang tak tau pon limau kasturi tuh buleh buat makan macam tuh.



Kerja-kerja mengambus benih yang dah dikeluarkan dari polibeg. Letih jugak nak buat walaupon pokok tak banyak mana. Teman tukang korek lobang, Jo tukang kambus lobang.



Jo lupa nak bawak cangkul, tuh yang semak jer kat tempat nak tanam limau tuh. Kalau ada cangkul, dapat la merumput dulu sikit. Idak ler semak sangat. Terang la sikit. Ini tidak, rumput ngan pokok limau sama jer naik dia.



Ini pokok cili kat umah mak teman. Dia tanam sebatang jer dalam pasu. Setakat nih ada la dua biji jer cili dia. Sebelum nih, bunga yang memula tak menjadi buah, gugur macam tuh jer. Berbunga yang kedua baru jadi buah. Setakat nih alhamdulillah, nampak cantek la cili dia. Mungkin pasal dapat duduk kat tingkat dua, kira cili tanah tinggi la walaupon tak setinggi Cameron Highland. hahaha... hehehe




Ini puteri tersayang teman, dah siap-siap nak pergi jenjalan. Nak pegi klcc katanya. Bila tanya nak buat apa pegi klcc ??? Nak tengok wayang. Humang aih.

Cargo Bridge

Currency Converter