Monday, December 15, 2008

Projek Sampingan Serai



Serai kat kebun teman berumur dalam sebulan. Mungkin sebab hujan, keadaannya tak berapa kembang sangat. Ada satu kali tuh hujan sampai tiga hari berturut-turut sampai tanah tuh dah jadi macam sawah la pulak.



Rumput dengan serai sama naik. Nak meracun musim hujan nih rasanya tak sesuai kot. Kang kasi racun, hujan, kasi racun, hujan. Habis hanyut jer racun tuh tak sempat rumput nak serap.



Nih la ropa tanah yang asyik kena hujan tuh. Dah la tanah memang bekas sawah, lepas kena hujan hari-hari, langsung jadik sawah balik. Alahai.



Ini projek sampingan serai nih, kat mana ada kawasan yang kosong sikit, kitorang sumbat pulak dengan pokok limau. Tiga jenis limau yang menjadi pilihan ialah limau purut, pasal daun dengan buah dia boleh jual, limau nipis, buah boleh jual, mahal pulak lagik dan akhir sekalik limau kasturi, syok jugak makan buah dia sumbat dengan asam boi. Perghhh... kecot-kecot bibir menyedut, dah lama tak nampak bebudak makan macam tuh. Ntah-ntah budak-budak sekarang tak tau pon limau kasturi tuh buleh buat makan macam tuh.



Kerja-kerja mengambus benih yang dah dikeluarkan dari polibeg. Letih jugak nak buat walaupon pokok tak banyak mana. Teman tukang korek lobang, Jo tukang kambus lobang.



Jo lupa nak bawak cangkul, tuh yang semak jer kat tempat nak tanam limau tuh. Kalau ada cangkul, dapat la merumput dulu sikit. Idak ler semak sangat. Terang la sikit. Ini tidak, rumput ngan pokok limau sama jer naik dia.



Ini pokok cili kat umah mak teman. Dia tanam sebatang jer dalam pasu. Setakat nih ada la dua biji jer cili dia. Sebelum nih, bunga yang memula tak menjadi buah, gugur macam tuh jer. Berbunga yang kedua baru jadi buah. Setakat nih alhamdulillah, nampak cantek la cili dia. Mungkin pasal dapat duduk kat tingkat dua, kira cili tanah tinggi la walaupon tak setinggi Cameron Highland. hahaha... hehehe




Ini puteri tersayang teman, dah siap-siap nak pergi jenjalan. Nak pegi klcc katanya. Bila tanya nak buat apa pegi klcc ??? Nak tengok wayang. Humang aih.

Thursday, December 4, 2008

Cargo Bridge

Currency Converter