Thursday, September 18, 2008

Gambar Hari Pertama

Akhirnya pada 17hbSeptember 2008. Upacara membersihkan hutan banat dimulakan tepat pada pukul 8:30 pagi bertempat di Kg.Jenderam Hulu mukim Dengkil. Bersempena cuti Nuzul Quran yang disambut pada 17 Ramadhan 1429, satu perubahan dalam kehidupan dimulakan.

Penulis disamping jcb yang akan memulakan kerjanya. Nama pilot dia Ming. Sebelum nih ada tanya jugak excavator dengan orang lain, tapi mahal nala gedabak la pulak.

Tangan jengkaut, ker apa ker dia panggil, backhoe ker ? Panjang jer menguis-nguis semak sebelum masuk kedalam hutan banat.

Mandur Johari mengawasi dan memandu arah pilot jcb. Dia nih adalah partner aku dalam projek penanaman serai nih. Mandur Johari nih adalah rakan semenjak sekolah rendah lagi. Jadi kalau diikut dah lebih 20 tawon kami berkawan.




Sakit pinggang la pulak nih. Berdiri lama-lama kat tengah panas dalam bulan puasa. Paling lega bila time rehat, pegi semejid solat. Ambik wuduk pon macam mandi jer. Nak sejukkan badan la katakan.


Melihat tunggul yang tinggal lepas balaknya dicuri orang. Kalau la aku yang amik balak tuh dulu, rasanya dah jadi tokey balak dah aku nih.



Laluan yang sudah berjaya diclearkan oleh traktor dalam satu hari. Memang lambat memandangkan keadaan hutan yang agak tebal.



Mandur Johari memerhatikan kerja-kerja pembersihan. Beginilah keadaan hutan yang perlu dibersihkan sebelum penanaman serai dapat dimulakan. Harap-harap dalam 3-4 hari kerja-kerja akan selesai.


Lalat yang ada kat dalam hutan nih comel-comel belaka.



Banyak lagi pokok yang perlu ditebang.

Seronok la plak bila nampak tanah dah terang sikit. Semangat jer nak mulakan penanaman serai nih. InsyaAllah lepas raya nih akan bermula kerja-kerja penanaman.

1 comment:

LAYANBLUES said...

gempak jugakler kau tuan tanah kedawong buka ladang serai

Cargo Bridge

Amazon Ads

Currency Converter