Wednesday, March 17, 2010

Pisang boleh halang AIDS

Dari Kosmo 17/03/2010.

Pisang boleh halang AIDS



GAMBAR menunjukkan buah pisang yang diberi percuma di Puerta del Sol, Madrid.



LONDON - Sekumpulan saintis Amerika Syarikat (AS) mendapati bahan kimia yang dinamakan BanLec dalam buah pisang didapati berkesan untuk merawat jangkitan HIV sama seperti dua jenis ubat anti-HIV semasa iaitu T-20 dan maraviroc, lapor sebuah akhbar semalam
BanLec merupakan sebahagian protein lektin yang banyak terdapat dalam tumbuhan, terutamanya buah pisang.
Berdasarkan penemuan itu, mereka percaya dapat menyelamatkan nyawa jutaan penghidap HIV dengan kos murah.
Penyelidik utama kumpulan berkenaan dari Universiti Michigan, Michael Swanson berkata, BanLec bertindak seperti guni yang membungkus virus HIV dan menghalangnya daripada merebak.
"Masalah sesetengah ubat anti- HIV adalah virus tersebut cepat bermutasi dan menjadi kebal, tetapi ia sukar berbuat demikian dengan kehadiran BanLec," katanya.
Swanson kini dalam proses menghasilkan kaedah mengubah suai BanLec supaya ia sesuai untuk manusia sama ada digunakan bersendirian atau melalui kombinasi dengan ubat anti-HIV yang lain. - Agensi
=======================================================

Ini yang buat makin semangat nak tanam pisang nih. Tunggu ha... masih lagi dalam perancangan. Mana nak carik benih dah tau. Tinggal penyediaan tanah jer nih, dan sikit modal nak dapatkan benih.

1 comment:

Ayah Yeop said...

BanLec, Singkatan dari Banana Lectin adalah sejenis bahan dari kumpulan lektin dari kumpulan jacalin. Kumpulan jacalin ini pertama kali di isolat dari buah nangka (jackfruit) dan memang boleh diperoleh dari buah-buahan.

Buah-buanah tropika memang banyak terdapat di Malaysia.

Bila agaknya saintis kita nak terlibat dalam penyelidikan ini?

Lawat laman saya: http://belabunsesamekite.blogspot.com/

Cargo Bridge

Currency Converter