Pada 12hb Jun 2010 sehingga 14hb Jun 2010, telah berlangsung Hari Potensi Tabika Kemas Peringkat Kebangsaan 2010 bertempat di Behrang Perak. Ada beberapa acara yang dipertandingkan. Antaranya teater, bercerita, tilawah, nasyid dan boneka tangan.
Aisyah telah mengambil bahagian dalam acara Boneka Tangan. Seronok sungguh dia. Sehari sebelum bertoloak ker Behrang, Aisyah demam, terpaksa bawak jumpa doktor malam tu jugak. Jenuh, kena pakai nebulizer.
Ini gambar Aisyah masa sebelum pergi hospital. Dia nampak macam ok jer, tapi ada semput. Selalunya memang kena pakai nebulizer la. Doktor tu tanya la, apa aktiviti Aisyah. So kitorang pon cakap la, dia ada puppet show besok kat Behrang sebagai wakil Wilayah Persekutuan.
Doktor terkejut, dia tanya "Anak awak ni sekolah tadika mana sampai jadi wakil sekolah pulak ?". Kitorang pon gelak la, cakap jer tadika kemas.
Agaknya doktor pon pelik, baru sekolah tadika dah jadi wakil negeri.
Ini kawan satu sekolah Aisyah. Nama dia Hakimi. Dia pon main boneka tangan jugak, sebagai Gergasi. Rasanya Aisyah demam jangkit dari Hakimi ni la kot, pasal Hakimi pon demam seminggu sebelum pergi ke Behrang tu.
Ini pulak Shanor, kawan Aisyah jugak. Shahnor sebagai Kambing dalam lakonan boneka tangan tu. Aisyah berlakon sebagai Katak dan Siput. Naik bas pon nak duduk bersama.
Selalu pergi berlatih pon bersama-sama kat Pejabat Kemas, Batu Muda.
Inilah pemandangan dari asrama Aisyah di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang.
Rasa nyaman dan sejuk jer mata memandang. Syok pulak.
Ini pulak pemadangan waktu terbit matahari dari rumah Nek Tam, Kira-kira 3 kilometer dari Politeknik Sultan Azlan Shah. Sejuk dan cantik la pulak.
Selama 4 hari kat Behrang, hari-hari lepas subuh, mesti lepak kat luar, tengok pemandangan macam ni.
Memandangkan acara Aisyah hanya akan diadakan pada hari Ahad. Maka pada hari Sabtu, cikgu-cikgu boneka tangan telah membawa murid-murid mereka untuk menonton pertandingan teater.
Agak boring jugak, tapi seronok. Budak-budak nih pon seronok sakan menggelakkan murid-murid lain yang melakukan kesilapan.
Cikgu pon apa lagi, sound la diorang, "Kalau korang pon buat silap macam diorang yang kat atas pentas tu, korang pon nanti kena gelak jugak.". Cuak jugak muka masing-masing.
Ini merupakan antara boneka-boneka buatan tangan oleh cikgu-cikgu tabika kemas Aisyah. Antara yang kelihatan ialah, monyet, gergasi, gajah dan kambing.
Tengok masa cikgu buat nih, jenuh jugak la. Remeh jer.
Ini pon memberi mata jugak dalam pertandingan tu.
Masa ni sedang menunggu giliran dibelakang pentas.
Semua kena pakai 'jump suit'. Masa ni kalau Aisyah tak tegur, tak kenal itu Aisyah.
Tak der rasa suspen pon diorang ni. Semangat jer. Kitorang mak bapak pulak yang rasa suspen.
Sori la, gambar masa pertandingan tuh tak dapat nak amik, pasal gelap. Kamera pon bukan kamera mahal. Jadi gambar masa dah abis jer la buleh nak amik. Baru dapat pegi dekat dengan pentas.
Bersama-sama dengan boneka masing-masing.
Lepas persembahan. Dapat hadiah saguhati. Glass chess set ngan board game. Ada dalam sepuluh board game la.
Nombor 10 tu kira peserta yang kesepuluh la. Iaitu Wilayah Persekutuan.
Barisan guru dan murid-murid selepas persembahan. Semua confident menang dah.
Inilah hadiah yang Aisyah dapat. Satu piala kristal dan set permainan monopoly edisi Malaysia.
Yang paling bangga, bapaknya. Kerana kumpulan anaknya telah berjaya mengalahkan kumpulan-kumpulan lain yang terbaik dalam negeri masing-masing. Kerana kumpulan Ceria, merupakan juara antara juara.
Vaporwave Neon Effect Photoshop Tutorial
-
The elegance of classic Renaissance sculptures and the vibrant neon colours
of the Vaporwave aesthetic are two contrasting styles you wouldn’t expect
to ...
1 week ago
1 comment:
Hi, i came across your blog when i was surfing for tadika kemas, kajang. Would appreciate if you could help me, is there a tadika kemas in Kajang? How can i contact them? You can get me at anu2118@yahoo.com. Thank you very much for your time.
Regards,
Anu
Post a Comment