Wednesday, May 30, 2012

Tuesday Interval Workout

Ayo.... sakit kaki jugak  nih. Buat interval pon letih gak.

Saturday, May 26, 2012

Hari Nih Berjaya 6km

Hari nih saya suda berjaya berlari dan berjalan sehingga 6 kelometer dalam masa 1 jam 12 menet. Boleh kira satu kejayaan la jugak, pasal nak habiskan 6 kelometer tuh bukan mudah.

Nak lawan dengan orang lain memang tak dapat la. Orang lain masa dia kurang dari 1 jam. Tapi pasal nih kira baru nak mula, ok la.

Wednesday, May 23, 2012

Larian Sulong Dengan Garmin Forerunner 610

Malam tadi cuba layan belari dengan Garmin Forerunner 610 yang baru dibeli. Sebelum nih cuma pakai Polar RX300s, tapi tak der GPS, cuma ada heart rate monitor jer.

First pakai jam Gamin nih memang rasa macam gah jer. Overall ok. Boleh dibuat macam jam biasa la, kalau macam Polar RX300s tuh rasa macam jam mainan jer.

So dibawah nih adalah percubaan pertama guna FR610 untuk berlari.

GPS jam nih boleh kata accurate la. LAP dia boleh diadjust, tapi default dia diberi 1km per lap.

Thursday, May 17, 2012

Sri Tri Buana: Kebebasan Bersuara: Antara Najib dan Anwar.

Tertarik. Yang mana satu kebebasan bersuara ??? Satu masih bagi ruang untuk berbincang, yang satu lagi terus kena halau keluar.

Sri Tri Buana: Kebebasan Bersuara: Antara Najib dan Anwar.

Wednesday, April 25, 2012

Nyanyi Sunyi

Sewaktu saya dalam tingkata 5 dulu, saya ada terjumpa dengan buku puisi Nyanyi Sunyi oleh Amir Hamzah. Mula-mula baca, tak paham apa yang cuba hendak disampaikan. Lepas lama-lama baca dan dah mula tahu sejarah manusia bernama Tengku Amir Hamzah Pengiran Indera Putra, barulah sedikit-sedikit ayat-ayatnya puisinya mula melekat didalam hati. Rujuk sini.

Untuk antalogi Buah Rindu, akan paparkan kemudian.

Untuk kali ini yang pertama dari antalogi Nyanyi Sunyi, bertajuk PADAMU JUA.

           PADAMU JUA

           Habis kikis
           segala cintaku hilang terbang
           pulang kembali aku padamu
           seperti dahulu

           Kaulah kandil kemerlap
           pelita jendela di malam gelap
           melambai pulang perlahan
           sabar, setia selalu.

           Satu kekasihku
           aku manusia
           rindu rasa
           rindu rupa.

           Di mana engkau
           rupa tiada
           suara sayup
           hanya kata merangkai hati

           Engkau cemburu
           engkau ganas
           mangsa aku dalam cakarmu
           bertukar tangkap dengan lepas

           Nanar aku, gila sasar
           sayang berulang padamu jua
           engkau pelik menarik ingin
           serupa dara di balik tirai

           Kasihmu sunyi
           menunggu seorang diri
           lalu waktu - bukan giliranku
           mati hari - bukan kawanku...

           
           Amir Hamzah

Thursday, January 12, 2012

What is Cartisol

Sumber : Cartisol Wikipedia

Cortisol (hydrocortisone) is a steroid hormone, more specifically a glucocorticoid, produced by the adrenal gland.[1] It is released in response to stress and a low level of blood glucocorticoids. Its primary functions are to increase blood sugar through gluconeogenesis; suppress the immune system; and aid in fat, protein and carbohydrate metabolism.[1] It also decreases bone formation. During pregnancy, increased production of cortisol between weeks 30 and 32 initiates production of fetal lung surfactant to promote maturation of the lungs. Various synthetic forms of cortisol are used to treat a variety of diseases.

=========================================================================

Berjoging adalah antara satu cara untuk senaman cardio (jantung). Dengan berjoging, dikatakan akan membakar lebihan kalori, dan ini membawa kepada pengurangan berat badan.

Payah nak cerita dengan lebih lanjut, rujuk jer la kat wiki tuh.

Thursday, November 24, 2011

Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil

Sumber : E-Fatwa JAKIM

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1.Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.

2.Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.

Keputusan (English):

The Ruling on the Involvement of Muslims in the Candlelight Vigil Activity

Decision:

The 88th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 2nd October 2009 has discussed the Ruling on the Involvement of Muslims in the Candlelight Vigil Activity. The Conference decided that:

1. Islam prohibits its followers to be involved in any kind of rituals and religious practices of religions other than Islam.

2. Muslims are prohibited from participating in the Candlelight Vigil activity as it contains elements of similitude (tasyabbuh) with religions other than Islam that can affect the creed of the Muslims.

Keterangan/Hujah:

1.Di dalam Islam, cahaya atau api yang dihasilkan oleh lilin dan selainnya tidak memberi apa-apa pengertian berkaitan aqidah dan kepercayaan. Cahaya atau api hanya merupakan satu alat yang dikurniakan oleh Allah SWT bagi memudahkan urusan kehidupan manusia. Bagaimanapun, api atau cahaya menjadi satu perkara yang amat signifikan bagi agama-agama bukan Islam terutamanya bagi agama majoriti di negara ini iaitu Kristian, Hindu dan Buddha. Amalan Candlelight Vigil khasnya atau kuasa cahaya atau api amnya mempunyai perkaitan langsung dengan ketiga-tiga agama tersebut.

2.Upacara berhimpun di suatu tempat dengan membakar lilin sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam. Hukum Islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W. dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-18, m.s. 1343 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Muslim)

3.Rasulullah S.A.W turut melarang umatnya daripada melakukan sesuatu perkara yang bukan datangnya dari urusan agama, sepertimana disebutkan di dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-17, m.s. 1343 yang bermaksud:

“Telah diberitakan kepada kami oleh Abu Ja’far Muhammad bin al-Subhi dan Abdullah bin Aun al-Hilali kesemua daripada Ibrahim bin Sa’ad telah berkata Ibn al-Subhi, diceritakan kepada Ibrahim bin Sa’ad bin Ibrahim bin Abd al-Rahman bin Auf, diberitakan kepada kami oleh ayahku daripada al-Qasim bin Muhammad daripda Aisyah berkata; Rasulullah S.A.W telah bersabda “Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Muslim)

=======================================================================
 
Tapi ramai tokoh-tokoh ber"agama" yang menyertai himpunan memasang lilin nih.
 
 








Mana satu yang boleh menjadi ikutan ??? Majlis Fatwa atau mereka ini ???

Monday, November 21, 2011

Harga Kelapa Melampau Sampai RM3

Rujuk : http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2011&dt=1120&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

Sebiji kelapa di Terengganu RM3


KUALA TERENGGANU - Ramai pengguna terutamanya suri rumah terkejut mendapati harga kelapa meningkat di antara RM2.50 hingga RM3 sebiji dan beberapa penjual mendakwa kenaikan itu kerana bekalan yang berkurangan.



Menurut mereka, harga kelapa mula meningkat sejak beberapa hari lalu dan santan segar pula dijual dengan harga RM9 satu kilogram.



Peniaga kedai runcit, Yusof Abdullah, 43, berkata, sebelum ini kelapa dijual antara RM1.20 dan RM2 sebiji, bergantung pada saiz dan dia terpaksa menjual dengan harga tinggi daripada biasa kerana kurang mendapat bekalan.



"Pembekal juga menjual dengan harga lebih tinggi berbanding biasa," katanya kepada Bernama.



Sementara itu, penjual nasi dagang Fatimah Awang, 46, berkata, harga nasi dagang sekarang dijual RM2.50 sebungkus kerana kenaikan harga bahan asasnya termasuk kelapa.



"Sekarang susah hendak cari nasi dagang dengan harga rendah seperti dahulu terutama di bandar ini," katanya.



Katanya, kenaikan harga kelapa itu bukan sahaja melibatkan peniaga nasi dagang tetapi juga peniaga makanan yang lain.



Pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat kenaikan harga kelapa, sementara pengarahnya Hasan Jusoh meminta pemborong kelapa menghubungi bahagian operasi FAMA untuk mendapatkan bekalan jika perlu.


===========================================================================

Harga santan sampai RM9.00. Wow. Amacam, ada sesiapa nak tanam kelapa ???

Cargo Bridge

Currency Converter