Monday, October 6, 2008

Puasa Hari ke 29


Baru belajar buat lemang. Baru tau, banyak cara sebenarnya nak buat lemang nih, ini salah satu cara yang aku belajar la. Tak payah la nak tuang-tuang santan masa tengah bakar.





Achik Manja sedang menunjukkan cara-cara menyediakan buluh lemang sebelum dimasukkan pulut yang sudah dicampurkan dengan santan.





Sedang mencuba cara yang ditunjukkan oleh Achik Manja. Sakit belakang pasal asik duduk mencangkung jer.





Acara memasukkan beras kedalam buloh. Seronok gak, masuk lima nam sudu beras lepas tuh hentak-hentak sikit buloh tuh. Dah macam musik orang Asli jadiknya. Menarik jer.




Bang Ngah Nazrul sedang memasang stopper yang dibuat dari sabut kelapa muda. Tak tau la plak nak kena pasang stopper. Dulu tengok dalam TV tak der la plak orang pasang stopper nih.




Acara membakar lemang dimulakan dengan Pakcik Ramli sebagai mandurnya. Aku pon memula tuh ada jugak, tapi lepas beberapa ketika terpaksa menghilangkan diri. Terasa letih dia duduk bertapa kat tepi unggun api. Tinggal la Pakcik sensorang jer jaga api. Nak buat camner, putra raja la katakan.

No comments:

Cargo Bridge

Amazon Ads

Currency Converter