Tuesday, October 28, 2008

MENANAM KELAPA

Halaman ini dipetik seratus peratus dari http://pertanianmjg.perak.gov.my/panduan_kelapa.htm.




MENANAM KELAPA
(Kelapa MATAG, Kelapa MAWA, Kelapa Sawit)


Bagi meningkat bekalan kelapa bagi kegunaan tempatan, Jabatan Pertanian mempromosi tanaman kelapa yang dikenali dengan nama kelapa MATAG, hasil daripada kacukan kelapa Rendah Malaya dengan kelapa Tinggi Tagnanan dari Filipina.

Varieti-varieti kelapa yang terdapat di Malaysia ialah:-

  1. Kelapa Tinggi Malaya (Malayan Tall)

  2. Kelapa Rendah Merah Malaya (Malayan Red Dwarf, MRD)

  3. Kelapa Rendah Kuning Malaya (Malayan Yellow Dwarf, MYD)

  4. Kelapa Rendah Hijau Malaya (Malayan Green Dwarf, MGD)

  5. Kelapa MAWA (Malayan Dwarf X West Afrcan Tall)

  6. Kelapa MATAG 9MYD/MRD X Tagnanan Tall)

  7. Kelapa Tinggi Afrika Barat

  8. Kelapa Tinggi Tagnanan

  9. Kelapa Tinggi Rennel

  10. Kelapa Wangi (Aromatic Dwarf)

  11. Kelapa MAREN (MYD.MRD X Rennel Tall)

  12. Kelapa MAMA (MYD/MRD X Malayan Tall)

  13. Kelapa Sawit

  1. KELAPA TINGGI MALAYA

    Kelapa Tinggi Malaya ialah kelapa tinggi yang berasal dari Malaysia dan ditanam meluas di kawasan pantai. Jenis ini boleh hidup selama 80 hingga 90 tahun. Pokok bersaiz besar dan tinggi. Ketinggiannya boleh mencapai 15-18 meter. Kelapa jenis ini mempunyai pertumbuhan yang cergas serta dapat tumbuh dipelbagai jenis tanah.

    Buah bersaiz besar, berbentuk bulat, berbiku tiga, leper di bahagian bawah serta mengandungi air yang banyak. Ciri-ciri ini menjadikan ianya sesuai untuk dijual sebagai kelapa muda. Purata buah setandan ialah 3-5 biji.

  2. KELAPA MAWA

    Kelapa MAWA ialah kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tinggi Afrika Barat. Ketinggian pokok boleh mencapai sehingga 15 meter. Warna daun, bunga dan buahnya sama ada hijau atau jingga pucat bergantung kepada pokok induk (Pokok Kelapa Rendah Malaya). Bilangan buah setandan ialah 14-16 biji.

  3. KELAPA RENDAH MALAYA

    Kelapa Rendah Malaya berasal dari Malaysia. Terdapat tiga jenis Kelapa Rendah Malaya iaitu kuning, merah dan hijau berdasarkan warna buahnya. Kelapa Rendah Malaya merupakan pokok kelapa yang bersaiz kecil dan ketinggiannya boleh mencapai sehingga enam meter. Saiz buahnya kecil manakala bilangan buah setandan boleh mencapai sehingga 15 biji atau lebih. Pada masa ini pokok Kelapa Rendah Malaya tidak ditanam secara komersil dan hanya digunakan sebagai pokok hiasan dan pokok induk dalam pengeluaran benih hibrid kelapa seperti MAWA dan MATAG.

  4. KELAPA WANGI (KELAPA PANDAN)

    Kelapa Wangi ialah kelapa jenis rendah yang diperkenalkan dari Thailand pada tahun 1971. Di Thailand kelapa ini dipanggil sebagai 'Makprow Nam Horm' dan di peringkat antarabangsa dikenali sebagai 'aromatic dwarf'. Keistimewaan kultivar kelapa wangi ialah isi dan buahnya berbau wangi pandan dan sesuai untuk diminum dan dimakan segar. Ketinggian pokok boleh mencapai 6 meter. Tandan dan buah berwarna hijau dan buahnya kecil berbentuk bulat berbiku tiga. Bilangan buah setandan di antara 10-22 biji. Anak kelapa pokok wangi boleh dikenali melalui bau pandan pada hujung akar yang dihancurkan. Penanaman kelapa ini boleh dijalankan secara kepadatan tinggi dengan jarak tanaman 6 m x 6 m.


  5. KELAPA MATAG

    Kelapa MATAG ialah kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tagnanan. Ketinggian pokok MATAG boleh mencapai 15 meter. Daun, bunga dan buahnya berwarna sama ada hijau atau jingga pucat, bergantung kepada jenis pokok induk Kelapa Rendah Malaya. Hasil purata bilangan buah kelapa dan berta kopra adalah lebih tinggi daripada hibrid MAWA.

    Kelapa MATAG boleh mengeluarkan antara 25 hingga 30 ribu biji buah setahun sehektar. Buah kelapa yang dihasilkan sesuai untuk pelbagai kegunaan seperti untuk air kelapa muda, pengeluaran santan dan juga untuk kelapa (kopra).

    Varieti ini mempunyai ciri-ciri agronomi yang baik seperti pertumbuhan yang 'robust' dan 'vigorous' di ladang. Dengan pengurusan ladang yang baik dan hujan yang mencukupi, kelapa MATAG mula berbunga pada tahun ke 3 dan proses penuaian bolehlah dilakukan pada tahun ke 4.

    Kelapa MATAG sesuai ditanam mengikut sistem penanaman tiga segi sama atau 'double hedge row pattern' sekiranya mengutipan hasil dirancangkan secara mekanisasi. Kepadatan optimum yang disysorkan ialah 178-180 pokok sehektar.

    Berbanding dengan kelapa MAWA, kelapa MATAG mengeluarkan buah yang lebih besar daripada MAWA walaupun isinya sama tebal. Hasil MATAG pada enam tahun pertama didapati agak rendah sedikit (61-139 biji sepokok) daripada MAWA (75-151 biji sepokok). Walau bagaimanapun, hasil kelapa MATAG meningkat mulai tahun ke tujuh ke atas, iaitu 153 biji sepokok dan boleh mencapai sehingga 161 biji sepokok berbanding dengan 157 biji bagi kelapa MAWA.

    Dari segi pengeluaran kopra pula, MATAG mengeluarkan hasil kopra yang rendah pada enam tahun pertama iaitu 12.1 - 36.4 kg. berbanding dengan 16.4 - 33.0 kg. kopra bagi kelapa MAWA. Selepas tahun ke 7 dan ke atas, hasil kopra daripada kelapa MATAG lebih tinggi, iaitu 42.2 kg. berbanding 34.3 kg. kopra daripada kelapa MAWA.

    Secara keseluruhannya, kelapa varieti MATAG memberikan hasil buah kelapa yang tinggi dalam jangka masa panjang. Saiz buah MATAG yang besar, bukan sahaja memberi kelebihan dari segi kos mengutip dan mengopek kulit, tetapi juga popular di kalangan pengguna domestik.

    PENGENDALIAN PASCA TUAI

    Pengendalian di rumah pembungkusan:

    Buah kelapa dikutip dan dihimpun di ladang dan dihantar ke rumah pembungkusan untuk digredkan. Buah kelapa digredkan kepada Gred A, AB, ABC, ABCD / LONG dan Kelapa Belah berdasarkan lilitan buah seperti berikut:-

    Gred Lilitan (cm) Harga (sen)
    A
    AB
    ABC
    ABCD /LONG
    Kelapa Belah
    Lebih 45 cm
    40-45 cm
    35-40 cm
    30-35 cm
    26
    24
    22
    16
    14

    Pembungkusan dan pengangkutan hasil

    Buah-buah kelapa tidak dirawat atau dibungkus selepas dikutip. Buah-buah kelapa tua diangkut dengan lori. Tandan kelapa muda juga diangkut dengan lori tanpa pembungkusan.

  1. KELAPA SAWIT

    PEMILIHAN BUAH KELAPA DAN PENYEMAIAN

    Buah yang dipilih mestilah berwarna perang dan cukup matang, bersabut nipis, bebas daripada serangan peorsak dan penyakit serta berkocak air di dalamnya. Buah-buah ini perlu disimpan di tempat terlindung daripada cahaya matahari selama dua minggu untuk percambahan yang seragam.

    Buah-buah kelapa perlu dicambah terlebih dahulu sebelum disemai. Untuk mempercepatkan percambahan, buah kelapa yang dipilih dipotong sedikit bahagian sabut atas (widest hump of the nut) sepanjang 5 cm garis pusat dan lebih kurang 1.0 cm dalam. Biji benih disusun rapat secara mendatar pada jarak 30 cm dalam baris x 30 cm antara baris di dalam petak semaian dengan mendedahkan satu pertiga bahagian kelapa di atas permukaan pasir. Penyiraman dilakukan 1-2 kali sehari bergantung kepada keadaan cuaca. Jangka masa percambahan biji benih mengikut kultivar ialah:-

    Kelapa Tinggi Malaya
    Kelapa Rendah
    Kelapa MATAG
    Kelapa Pandan
    -
    -
    -
    -
    10 - 12 minggu
    4 - 7 minggu
    4 - 6 minggu
    4 - 7 minggu

    Biji benih yang normal dan cergas dipilih dan dicabut menggunakan cangkul. Bahagian akarnya dipotong sepanjang 5 cm daripada pangkal sebelum diubah ke polibeg atau tapak semaian ladang.

    Semaian menggunakan polibeg

    Kaedah ini mempunyai kebaikan seperti kadar pertumbuhan yang lebih cergas dan serata dengan adanya pembajaan, akar tidak rosak semasa menanam di ladang, kerosakan semasa pengangkutan dari tempat semaian di ladang pokok dapat dikurangkan, kadar pertumbuhan akar yang baik dan cepat selepas ditanam dan tiada atau kurang masalah trasplanting shock. Anak benih di dalam polibeg boleh disimpan selama 10 bulan selepas diubah.

    Campuran tanah yang disyorkan ialah 3 bahagian tanah atas dan 1 bahagian pasir. Bagi setiap polibeg sejumlah 113 gm baja fostat dan 113 gm kapur digunakan. Pemulihan dan penakaian anak benih di dalam polibeg yang tidak subur dibuat empat bulan selepas diubah dan diteruskan sehingga anak benih berumur 8 bulan. Naungan 30% - 50% diberi kepada anak benih semasa proses pengerasan. Anak benih sesuai ditanam di ladang apabila berumur 6-8 bulan. Anak benih yang cergas dicabut dengan berhati-hati selepas menggemburkan tanah di pangkalnya. Semasa mencabut anak benih elakkan daripada memegang bahagian pucuk dan daunnya bagi mengelakkan kecederaan.

    Membaja

    Panduan membaja kelapa mengikut siri tanah dibentangkan seperti berikut:-

    Jenis Tanah : Kangkong / " Selangor Association"

    Di lubang tanaman: 0.5 kh (1 lb) CIRP

    Tahun Bulan Urea (sepokok) CIRP (sepokok) KCI (sepokok)
    gm oz gm oz gm oz
    1 4
    8
    12
    57
    85
    113
    2
    3
    4
    -
    -
    113
    -
    -
    4
    -
    -
    113
    -
    -
    4
    2 18
    24
    170
    170
    6
    6
    170
    170
    6
    6
    -
    170
    -
    6
    3 30
    36
    227
    227
    8
    8
    170
    170
    6
    6
    -
    227
    -
    8
    4 42
    48
    340
    340
    12
    12
    227
    227
    8
    8
    227
    227
    8
    8
    Pokok yang telah besar Kadar baja / pokok / tahun
    0.9-1.4 kg (2-3 lb) 0.9 - 0.5 kg (0.5-1lb) 200.9 kg (0-2 lb)


    Jenis Tanah: "Selangor Shallow Phase" / Briah

    Di lubang tanaman: 0.5 kg (1 lb) CIRP + 0.9 kg (2 oz) GML
    Ditabur 2.3 kg (5 lb) GML di sekeliling sejauh 0.9 m (3 kaki)

    Tahun Bulan Urea (sepokok) CIRP (sepokok) KCI (sepokok) GML (sepokok)
    gm oz gm oz gm oz

    gm

    oz
    1 4
    8
    12
    57
    85
    113
    2
    3
    4
    -
    -
    340
    -
    -
    12
    -
    85
    113
    -
    3
    4
    -
    2.3
    -
    -
    -
    5
    2 18
    24
    170
    170
    6
    6
    227
    227
    8
    8
    170
    170
    6
    6
    -
    -
    -
    -
    3 30
    36
    227
    227
    8
    8
    227
    227
    8
    8
    340
    340
    12
    12
    2.3
    -
    5
    -
    4 42
    48
    340
    340
    12
    12
    340
    340
    12
    12
    454
    454
    16
    16
    -
    2.3
    -
    5
    Pokok yang telah besar Kadar baja / pokok / tahun
    0.9-1.8 kg (1-2 lb) 0.9 - 1.4 kg ( 2-3 lb) 2.3 kg (5 lb)


    Jenis Tanah: Siri Parit Botak

    Di lubang tanaman: 0.5 kg (1 lb) CIRP + 0.9 kg (2 oz) GML
    Ditabur 2.3 kg (5 lb) GML di sekeliling sejauh 0.9 m (3 kaki)

    Tahun Bulan Urea (sepokok) CIRP (sepokok) KCI (sepokok) GML (sepokok)
    gm oz gm oz gm oz

    gm

    oz
    1 4
    8
    12
    57
    85
    113
    2
    3
    4
    -
    -
    340
    -
    -
    12
    -
    85
    227
    -
    3
    8
    -
    -
    5
    -
    -
    10
    2 18
    24
    170
    170
    6
    6
    227
    227
    8
    8
    227
    227
    8
    8
    -
    -
    -
    -
    3 30
    36
    227
    227
    8
    8
    227
    227
    8
    8
    454
    454
    16
    16
    -
    5
    -
    10
    4 42
    48
    340
    340
    12
    12
    340
    340
    12
    12
    680
    680
    24
    24
    -
    5
    -
    10
    Pokok yang telah besar Kadar baja / pokok / tahun
    0.9-1 kg 2-3 lb 0.5-0.9 kg 1-2 lb. 14-2.3 kg 3-5 lb 4.5 kg 10 lb


    Jenis Tanah: Linau / Telok

    Di lubang tanaman: 0.5 kg (1 lb) CIRP + 0.9 kg (2 oz) GML
    Ditabur 2.3 kg (5 lb) GML di sekeliling sejauh 0.9 m (3 kaki)

    Tahun Bulan Urea (sepokok) CIRP (sepokok) KCI (sepokok) GML (sepokok)
    gm oz gm oz gm oz

    gm

    oz
    1 4
    8
    12
    57
    85
    113
    2
    3
    4
    -
    -
    340
    -
    -
    12
    -
    170
    227
    -
    6
    8
    -
    -
    7
    -
    -
    15
    2 18
    24
    170
    170
    6
    6
    227
    227
    8
    8
    340
    340
    12
    12
    -
    7
    -
    15
    3 30
    36
    227
    227
    8
    8
    227
    227
    8
    8
    680
    680
    24
    24
    -
    7
    -
    15
    4 42
    48
    340
    340
    12
    12
    340
    340
    12
    12
    907
    907
    32
    32
    -
    7
    -
    15
    Pokok yang telah besar Kadar baja / pokok / tahun
    0.9-1.4 kg 2-3 lb 0.5-0.9 kg 1-2 lb. 14-2.3 kg 3-5 lb 4.5 kg 10 lb


    Jenis Tanah: Jambu, Rudua dan lain-lain tanah pasir

    Di lubang tanaman: 0.5 kg (1 lb) CIRP + 0.5 kg (1 lb) GML
    57 kg (1 oz) 12:12:17:2=T dan bahan organik

    Tahun Bulan Urea (sepokok) 12:12:17:17:2+T.E.
    (sepokok)
    KCI (sepokok) GML (sepokok)
    gm oz gm oz gm oz

    gm

    oz
    1 4
    8
    12
    57
    85
    113
    2
    3
    4
    57
    85
    170
    2
    3
    6
    -
    113
    113
    -
    4
    4
    -
    -
    0.9
    -
    -
    2
    2 16
    20
    24
    170
    170
    170
    6
    6
    6
    227
    227
    227
    8
    8
    8
    113
    113
    113
    4
    4
    4
    -
    -
    0.9
    -
    -
    2
    3 28
    32
    36
    227
    227
    227
    8
    8
    8
    454
    454
    454
    16
    16
    16
    227
    227
    227
    8
    8
    8
    -
    -
    0.9
    -
    -
    2
    4 40
    44
    48
    340
    340
    340
    12
    12
    12
    680
    680
    680
    24
    24
    24
    454
    454
    454
    16
    16
    16
    -
    -
    0.9
    -
    -
    2
    Pokok yang telah besar Kadar baja / pokok / tahun
    0.9-1.8 kg 2-4 lb 2.3-3.2 kg 5-7 lb. 14-2.3 kg 3-5 lb 0.9 kg 2 lb


    Jenis Tanah: Briah/Selangor Association of Perak, Selangor and Sbrg.Prai

    Di lubang tanaman: 0.5 kg (1 lb) CIRP

    Tahun Bulan Urea (sepokok) C.I.R.P.(sepokok) K.C.I. (sepokok)
    gm oz gm oz

    gm

    oz
    1 4
    8
    12
    57
    85
    113
    2
    3
    4
    -
    -
    340
    -
    -
    12
    -
    -
    113
    -
    -
    4
    2 18
    24
    170
    170
    6
    6
    227
    227
    8
    8
    113
    113
    4
    4
    3 30
    36
    227
    227
    8
    8
    227
    227
    8
    8
    227
    227
    8
    8
    4 42
    48
    340
    340
    12
    12
    340
    340
    12
    12
    340
    340
    12
    12
    Pokok yang telah besar Kadar baja / pokok / tahun
    0.9-1.4 kg 2-4 lb 0.5-0.9 kg 1-2 lb 0.5-1.4 kg 1-3 lb


Jenis Tanah: For scattered palm on Sedentary Soils

Di lubang tanaman: 0.5 kg (1 lb) CIRP + 0.5 kg (1 lb) GML

Tahun Bulan Urea (sepokok) CIRP (sepokok) KCI (sepokok) GML (sepokok)
gm oz gm oz gm oz

gm

oz
1 4
8
12
57
85
113
2
3
4
-
-
340
-
-
12
-
85
227
-
3
8
-
-
0.9
-
-
2
2 18
24
170
170
6
7
227
227
8
8
227
227
8
8
-
0.9
-
2
3 30
36
227
227
8
8
340
340
12
12
454
454
16
16
-
0.9
-
2
4 42
48
340
340
12
12
454
454
16
16
907
907
32
32
-
0.9
-
2
Pokok yang telah besar Kadar baja / pokok / tahun
0.9-1.4 kg 2-3 lb 0.9-0.9 kg 2-3 lb. 14-2.3 kg 3-5 lb 0.9 kg 2 lb

KAWALAN PEROSAK SERANGGA

Serangan yang teruk boleh menyebabkan pokok berbuah kecil, tidakk mengeluarkan buah atau boleh menyebabkan mati. Perosak-perosak serangga yang penting bagi tanaman kelapa adalah seperti berikut:-

  • Kubang Tanduk (Orycetes rhinocerous)
    Warna hitam berstruktur sumbu di atas kepalanya. Menyebabkan kerosakan dengan mengorek ke dalam pucuk dan memakan tisu-tisu lembut kelapa. Apabila pelepak membesar, daun kelapa akan membentuk seakan-akan kipas. Serangan yang teruk menyebabkan air bertakung di dalam lubang yang dikorek. Pucuk akan rebut dan musnah.

    Tindakan:
    Semua batang kelapa yang tumbang / dipotong perlu dipotong kecil-kecil dan bakar (menghapuskan tempat pembiakan kumbang tanduk di ladang). Bagi pokok yang masih kecil, letakkan 1-2 biji 'moth ball', 3-4 butiran racun carbofuran di pelepah muda bagi mengurangkan serangan kumbang tanduk.

  • Kumbang Jalur Merah (Rhynchophorus schach)
    Mempunyai kepak berwarna hitam, torek berwarna hitam dengan jalur-jalur merah. Larva memakan pucuk sehingga boleh menyebabkan pokok mati.

    Tindakan:
    Suntik batang kelapa dengan racun monocrotphos / methamidosphos sebanyak 5-10 ml/pokok. Bagi pokok yang masih kecil, letakkan 3-4 butiran carbofuran pada lubang di pucuk pokok bagi membunuh serangga ini.

  • Rama-rama Artona (Artona catoxantha)
    Berwarna merah perang dan hujung kepak berwarna kuning. Larva memakan daun kelapa daripada bawah dan meninggalkan kesan makan yang berlajur-jalur di atas daun. Daun yang teruk diserang akan kelihatan seperti terbakar.

    Tindakan:
    Jika serangan berlaku di musim kering, kawal secara suntikan batang dengan racun monocrotophos (azordin) atau metamidophos (tamaron) pada kadar 5-10 m/pokok (sebelum larva membentuk pupa). Hujan lebat semasa serangan berlaku mengawal perosak ini menjatuhkan larva ke tanah.

  • Ulat Beluncas (Setora nitens)
    Berwarna perang dan bertelur di bawah daun kelapa. Larva memakan daun daripada tepi ataupun tengah sehingga tembus dan meninggalkan bergerigi pada daun.

    Tindakan:
    Kawal secara suntikan batang racun monocrotophos atau metamidophos pada 5-10 ml/pokok.

  • Rama-rama Haidari (Hidari irava)
    Berwarna perang dengan empat titik kuning di tengah-tengah kepak. Larva hidup di bawah lipatan daun kelapa dan memakan daun daripada atas ke bawah dengan tanda daun tingga lidi.

    Tindakan:
    Tiada kawalan kimia disyorkan bagi perosak ini.

  • Kumbang Plesispa (Plesispa reichei)
    Berbadan leper dan berwarna coklat tua. Larva berwarna kuning. Dewasa dan larva memakan permukaan daun menyebabkan daun-daun sedikit bergulung. Terdapat tompok-tompok bekas makan di atas daun. Serangan pada anak benih boleh menyebabkan pokok terencat.

    Tindakan:
    Tiada kawalan kimia disyorkan bagi perosak ini.

  • Kumbang Tandok (Oryctes rhinoceros, L)

    Sila lihat ulasan mengenai kumbang tandok di sini (klik) !


KAWALAN PENYAKIT

  • Bintik-bintik Daun:
    Jarangkan anak benih di tapak semaian. Jika perlu, disyorkan semburan dengan racun kulat Captan pada kadar 0.2% bahan aktif.

  • Hawa Bebenang Putih
    Jaga kebersihan dan pengaliran air yang baik di tapak semaian. Musnahkan anak benih yang teruk diserang.

KEMATANGAN BUAH

Bagi semua jenis kelapa, buah matang dalam masa 14 bulan selepas seludang pecah. Buah yang matang boleh dikenali dengan perubahan warna kulit daripada warna hijau kepada warna keperangan dan terdengar bunyi kocakan air apabila buah digoncang. Di ladang-ladang, kutipan hasil dibuat 45 hari sekali iaitu 8 kali setahun, kerana jika kutipan dibuat 60 hari sekali didapati banyak buah yang telah gugur.

Kelapa jenis rendah mula berbuah 4 tahun dan kelapa jenis tinggi 6 tahun selepas menanam dan jika dijaga dengan sempurna akan berbuah sehingga berumur 60 tahun atau lebih. Kelapa jenis MAWA pula mulai berbuah selepas 3 1/2 tahun.

1 comment:

Roy said...

I would like to point out my admiration for your kindness giving support to folks that should have assistance with the concept. Your very own commitment to passing the message all over appears to be definitely valuable and have always made professionals like me to reach their endeavors. This valuable advice implies a whole lot a person like me and further more to my fellow workers. Best wishes; from all of us.
Website: coconut oil

Cargo Bridge

Amazon Ads

Currency Converter