Thursday, November 13, 2008

Second Phase Serai Bermula 12 November 2008

Fasa kedua penanaman serai telah dimulakan. Benih-benih serai telah mula diangkut dari negeri XXX (nama terpaksa dirahsiakan atas permintaan pembekal). Perjalanan jauh menggunakan Mitsubishi Storm mengambil masa beberapa jam (sakit bontot duduk dalam storm pasal pegi balik hari jer).

Setelah sampai, dapatlah menikmati pemandangan ladang serai En. XXXX yang indah seluas dua ekar.

Mengikut kata En. XXXX, tanahnya seluas 5 ekar, tetapi beliau hanya mampu mengusahakan sebanyak dua ekar sahaja kerana beliau mengusahakan sendiri disamping beliau bekerja sepenuh masa di negeri Selangor. Sesekali pulang kekampung baru dapat keladang.



Percubaan En. XXXX, satu rumpun dengan 4 batang serai. Takut padat sangat nanti serai tak besar.


Antara rumpun serai yang menarik perhatian saya.

Pemandangan yang indah. Saujana mata memandang, hanya rumpun serai dan bukit yang kehijauan. Sesekali dapat tengok pemandangan macam nih, sejuk mata memandang. Lega rasanya.









Kelihatan atas, saudara Johari sedang melakukan penyusunan benih serai keatas Storm (kenderaan yang kami gunakan). Sampai ke tempat duduk belakang Storm pon penuh diisi dengan benih serai. Baju yang tergantung kat tepi storm tuh merupakan baju penulis, panas woo, penulis bolen jer masa buat kerja nih, hahaha. Macam nak patah pinggang memunggah serai naik storm.




Boleh dilihat melalui gambar diatas betapa mudahnya menanam serai. Belum tanam dah ada benih yang keluar, gelojoh betul serai-serai ni. Dianggarkan sebatang serai mampu untuk mengeluarkan anak sehingga 125 batang, idak ler kawan tau benar ker idak, dengar cerita dari orang lama yang dah berkecimpung selama bertahun-tahun.




Antara benih serai yang berjaya kawan tanam kat kebun pada 12 November 2008. Dapat la buat lima baris jer, lepas tuh naik pitam dan macam nak patah pinggang menonggeng-nonggeng mencocok benih serai masuk dalam lubang kat tanah tuh, tengahari buta pulak lagik. Kena sunburn belakang badan nih (lupa nak pakai sun block) pasal kawan bekerja bolen jer (bukak baju).

1 comment:

abang bro EL said...

bolen tu dalam loghat perak maknanya telanjang bulat...kalau setakat bukak baju tu berlengging namanya...
kau tanam serai bolen..haru biru dibuatnya...

Cargo Bridge

Currency Converter