Monday, November 24, 2008

Serai Fasa Tiga

Sekarang nih, serai dah abis tanam, cuma tinggal nak kasik baja. Alhamdulillah sekarang nih musim hujan, so, tak payah nak siram. Tak banyak sangat nak tunjuk. Hanya menanti benih serai bercambah jer. Sementara tuh, tengok jer la selingan-selingan yang ada nih.


Buah betik ntah macamana buleh jadik panjang. Dah tuh tak der bijik la plak. Nak mintak pon tak buleh. Pendekut betul buah betik nih.



Nih la rupa betik tuh lepas disingkapkan pembungkus dia. Panjang-panjang tapi kurus sikit rupa buah dia. Tak penah tengok. Kata tuan dia, buah nih kalau masak kaler oren. Asal dia, kata tuan pokok, buah tuh tanam kat rumah macam rupa buah betik biasa. bila tanam kat depan kedai dia jadik panjang-panjang la pulak.



Benih yang dah mula ada anak serai. Huhuhu, seronok dah nih. Tak sabar-sabar nak kasik baja biar lagik cepat besar.



Nih pon sama gak. Isk, rasa macam berbaloi jer buat projek serai kecil-kecilan nih.



Nih la ropa pagar kawat yang suruh bangla tuh buat hari tuh, bukan apa, nak elak lembu dari menceroboh. Habis benih dikudap-kudapkan kalau lembu-lembu tu dapat masuk.




Ini merupakan pemandangan dikebun. Amik gambar pagar ngan jalan tanah jer. So kelisa tak boley masuk. Masuk pakai storm jer.



Yang ini kita belajar pasal fotografi la pulak. Yang sebelah kiri tuh gambar diambil tanpa menggunakan flash. Yang belah kanan tuh diambil dengan menggunakan flash. Tapi kalau nak ambik gambar tanpa menggunakan flash sediakan la tripod. Pasal kalau tidak nanti blur jer gambar. Contoh diatas diambil tanpa menggunakan tripod kerana hanya untuk menjadi sebagai gambar contoh sahaja.

2 comments:

clue said...

aik, tu betik nama apa tu?

Burger said...

Ntah la Melor, tapi nampak macam ganjil jer pasal dia panjang-panjang.

Cargo Bridge

Currency Converter