Wednesday, November 18, 2009

Langkah Pertama Dalam Perancangan Kewangan

Orang kata, perjalanan 1000 batu bermula dengan satu langkah. Begitu juga dengan perancangan kewangan. Setiap perancangan kewangan akan bermula dengan satu langkah asas.

Simpanan merupakan satu permulaan yang asas dalam strategi perancangan kewangan. Sebelum kita dapat meneruskan penggunaan alat-alat kewangan yang lain untuk kita berjaya dalam perancangan kewangan, kita seharusnya berjaya dalam perancangan simpanan kita.

Simpanan tidak memerlukan kepakaran yang tinggi untuk berjaya. Setiap orang yang bekerja dan mempunyai pendapatan seharusnya mempunyai simpanan.

Ada yang mencadangkan, agar kita menyimpan sehingga 50% dari pendapatan kita sebagai simpanan. Tapi mampukah kita menyimpan sehingga begitu ?

Sebaiknya, kita seharusnya menyimpan apa yang termampu dahulu. Misalnya, dengan perbelanjaan sekarang kita cuma mampu untuk menyimpan 10%, kita mulakan dengan 10% dahulu. Bak kata orang puteh, biar realistik.

Misalnya, kata la kita ada lagi hutang kad kredit yang perlu dijelaskan setiap bulan, kita hendaklah cuba dahulu menyelesaikan kad kredit kita disamping menyimpan sebanyak 10% dari pendapatan yang kita dapat. Buat apa kita perlu membayar kad kredit, bukankah lebih baik kita menyimpan. Dengan kad kredit, kita membayar interest setiap bulan, dengan simpanan, bank membayar kita.

Jadi kalau kita lihat, selagi kita mempunyai baki kad kredit yang belum diselesaikan, simpanan kita tidak bergerak kemana. Ini kerana kita membayar interest yang tinggi (sehingga 17%) untuk kad kredit, sedangkan pulangan dari simpanan hanya dalam lingkungan 3% setahun. Kerana itu, kita seharusnya cuba untuk menyelesaikan baki kad kredit secara serius sebelum memulakan apa-apa perancangan kewangan.

Sebaik hutang kad kredit selesai, kita seharusnya meningkatkan simpanan 10% sebulan kepada mungkin sehingga 20% sebulan. Dan adalah disarankan, sekiranya kita dapat menyimpan sebanyak 3 hingga 6 bulan jumlah gaji kita.

Sebagai contoh, kalau kita bergaji bersih sebanyak 2,000 sebulan, kita seharusnya mempunyai simpanan yang tidak akan diusik diantara 6,000 sehingga 12,000. Ini adalah agar sekiranya berlaku apa-apa masalah, misalnya kena buang kerja (contoh sahaja) kita boleh menggunakan simpanan yang ada sehingga 6 bulan (12,000 bahagi 6 bulan = 2,000).

Tempat untuk meletakkan duit ini pon tidak perlu terlalu menyukarkan. Misalnya kita boleh simpan dibank-bank biasa, tabung haji atau ASB. Memandangkan ASB memberikan pulangan yang agak tinggi berbanding lain-lain, lebih baik kalau ada banyak duit, kita pecahkan kepada beberapa bahagian, misalnya 60% dalam ASB, 30% dalam tabung haji dan 10 peratus lagi dalam simpanan biasa.

Rancang Kewangan Anda

Apa itu "Perancangan Kewangan".

Pada saya, perancangan kewangan adalah bila kita perlu menggunakan pendapatan kita hari ini, untuk kegunaan semalam, hari ini dan besok.

Perancangan Kewangan Semalam

Mungkin ada yang bertanya kenapa semalam ?

Jawapannya begini, semalam bermaksud, perbelanjaan yang sudah kita gunakan dengan cara kredit atau hutang. Misalnya pinjaman perumahan atau kereta atau pembelian barangan menggunakan kad kredit.

Perancangan Kewangan Hari Ini

Perancangan hari ini bermaksud perbelanjaan yang kita perlukan hari-hari seperti membeli makanan, lapin anak dan bermacam lagi termasuk membayar bill letrik, air telefon dan juga mungkin sewa rumah.

Perancangan Kewangan Hari Esok

Perancangan ini bermaksud satu bentuk perancangan bagaimana untuk kita menghadapi hari-hari mendatang yang tidak pasti. Misalnya disaat-saat kecemasan atau kehidupan selepas bersara.

Ketiga-tiga perancangan ini perlu kita lakukan ketika kita masih mampu untuk menguruskannya sekarang. Mungkin kita bekerja sendiri atau makan gaji, melalui pendapatan yang kita dapat hari ini, perlulah kita menguruskannya dengan sebaik mungkin, agar kita tidak berada dalam masalah yang besar bila berlaku sesuatu atau bila kita sudah bersara besok.

Ayat power yang paling saya suka, "Bayar Diri Kita Dahulu". Maksudnya, bila sahaja terima gaji atau upah atau apa-apa pendapatan, asingkan dahulu untuk simpanan kita. Tak kira la 10%, 20% atau 30%. Yang penting simpan sebahagian dari gaji atau pendapatan bersih kedalam akaun simpanan kita.

Lebihan selepas simpanan bolehlah digunakan untuk perbelanjaan semalam, hari ini dan besok.

Tuesday, November 17, 2009

Apakah itu baja NPK ?

Ramai orang yang berkebun menggunakan baja yang biasanya ada tertera N:15 P:15 K:15 atau NPK15 atau N:12 P:12 K:17.

Tapi ramai yang tidak mengetahui apa maksud NPK dan nombor yang tertera disebelahnya.

NPK bermaksud Nitrogen, Phosphorus dan Kalium (Potasium), dan nombor yang disebelahnya bermaksud peratusan setiap bahan itu didalam kandungan baja tersebut. Sebagai contoh, N:8 P:8 K:8 bermaksud baja tersebut mempunyai kandungan Nitrogen sebanyak 8%, Posphorus juga sebanyak 8% Kalium (Pottasium) sebanyak 8%. Ia diperkenalkan oleh Justus Von Liebig seorang saintis Jerman. Beliau mengatakan bahawa asas kepada kesuburan sesuatu tanaman itu bergantung kepada kadar nitrogen, phosphorus dan kalium (potasium).

Tapi kalau campur baru ada 24%, mana cukup 100%, mana pegi yang lain tu ? Yang lain tu adalah kandungan bahan-bahan lain yang biasa terdapat dalam baja. Tetapi hanya NPK yang paling penting dalam kandungan baja yang biasa dapat digunakan oleh tumbuhan.


Nitrogen

Nitrogen amat berguna kepada tumbuhan. Nitrogen biasanya terdapat didalam udara dan didalam tanah. Kesemua tumbuhan berdaun hijau menggunakan nitrogen. Klorofil, bahan hijau yang terdapat didalam tumbuhan yang digunakankan untuk tujuan photosyntesis, dibina dari sebahagian besarnya dari nitrogen.

Walaupun nitrogen terdapat dengan banyaknya didalam udara, tumbuhan tidak dapat menyerapnya secara terus. Ia mesti diserap melalui tanah.

Tumbuhan yang mengalami kekurangan nitrogen akan menjadi sedikit kekuningan dan kurang pembesaran atau terbantut. Walaubagaimana pun, terlalu banyak nitrogen juga tidak membantu. Ianya hanya akan menyebabkan tumbuhan menjadi terlebih besar sedangkan batang pokok tidak dapat untuk menampung tumbesarannya. Ini akan menyebabkan pokok tidak dapat tegak.


Phosphorus

Posphorus berguna didalam perkembangan akar yang sihat. Akar yang sihat mampu menyerap nutrien-nutrien lain didalam tanah. Ia juga digunakan untuk menggalak tumbuhan berbunga.

Ia biasanya dilepaskan kedalam tanah melalui tumbuhan atau hidupan yang mereput.

Kekurangan phosphorus boleh dilihat melalui warna daun yang tidak segar atau kekuningan. Kurang berbunga juga mungkin petunjuk bahawa tumbuhan tersebut mengalami kekurangan phosphorus.


Kalium (Potassium)

Kalium atau potassium membantu dalam perkembangan keseluruhan pokok termasuk bunga dan buah. Ia adalah kunci kepada pembentukan chlorophyl. Kekurangan kalium akan menghasilkan bunga dan buah yang kecil. Ia membantu tumbuhan dalam melawan penyakit.

Tumbuhan yang mengalami kekurangan kalium akan kelihatan tidak sihat.



Jika tumbuhan mendapat ketiga-tiga bahan ini, insyaAllah, ia dengan mudah akan dapat menyerap nutrien-nutrien lain didalam tanah dan udara.

Jadi, jika kita merancang untuk memberi tumbesaran yang baik untuk pokok kita, boleh la cuba memberikan baja N:15 P:15 K:15 sehingga tiba masa untuk berbunga atau berbuah, ubah pula kepada N:12 P:12 K:17 + Magnesium.

Thursday, November 12, 2009

Al-Fatihah

Al-Fatihah

Pada November 1, 2009 bapa mertua saya Zahari Bin Abdul Manan telah kembali kerahmahtullah pada pukul 4:30 petang.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan disisi orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah

Cargo Bridge

Currency Converter