Orang kata, perjalanan 1000 batu bermula dengan satu langkah. Begitu juga dengan perancangan kewangan. Setiap perancangan kewangan akan bermula dengan satu langkah asas.
Simpanan merupakan satu permulaan yang asas dalam strategi perancangan kewangan. Sebelum kita dapat meneruskan penggunaan alat-alat kewangan yang lain untuk kita berjaya dalam perancangan kewangan, kita seharusnya berjaya dalam perancangan simpanan kita.
Simpanan tidak memerlukan kepakaran yang tinggi untuk berjaya. Setiap orang yang bekerja dan mempunyai pendapatan seharusnya mempunyai simpanan.
Ada yang mencadangkan, agar kita menyimpan sehingga 50% dari pendapatan kita sebagai simpanan. Tapi mampukah kita menyimpan sehingga begitu ?
Sebaiknya, kita seharusnya menyimpan apa yang termampu dahulu. Misalnya, dengan perbelanjaan sekarang kita cuma mampu untuk menyimpan 10%, kita mulakan dengan 10% dahulu. Bak kata orang puteh, biar realistik.
Misalnya, kata la kita ada lagi hutang kad kredit yang perlu dijelaskan setiap bulan, kita hendaklah cuba dahulu menyelesaikan kad kredit kita disamping menyimpan sebanyak 10% dari pendapatan yang kita dapat. Buat apa kita perlu membayar kad kredit, bukankah lebih baik kita menyimpan. Dengan kad kredit, kita membayar interest setiap bulan, dengan simpanan, bank membayar kita.
Jadi kalau kita lihat, selagi kita mempunyai baki kad kredit yang belum diselesaikan, simpanan kita tidak bergerak kemana. Ini kerana kita membayar interest yang tinggi (sehingga 17%) untuk kad kredit, sedangkan pulangan dari simpanan hanya dalam lingkungan 3% setahun. Kerana itu, kita seharusnya cuba untuk menyelesaikan baki kad kredit secara serius sebelum memulakan apa-apa perancangan kewangan.
Sebaik hutang kad kredit selesai, kita seharusnya meningkatkan simpanan 10% sebulan kepada mungkin sehingga 20% sebulan. Dan adalah disarankan, sekiranya kita dapat menyimpan sebanyak 3 hingga 6 bulan jumlah gaji kita.
Sebagai contoh, kalau kita bergaji bersih sebanyak 2,000 sebulan, kita seharusnya mempunyai simpanan yang tidak akan diusik diantara 6,000 sehingga 12,000. Ini adalah agar sekiranya berlaku apa-apa masalah, misalnya kena buang kerja (contoh sahaja) kita boleh menggunakan simpanan yang ada sehingga 6 bulan (12,000 bahagi 6 bulan = 2,000).
Tempat untuk meletakkan duit ini pon tidak perlu terlalu menyukarkan. Misalnya kita boleh simpan dibank-bank biasa, tabung haji atau ASB. Memandangkan ASB memberikan pulangan yang agak tinggi berbanding lain-lain, lebih baik kalau ada banyak duit, kita pecahkan kepada beberapa bahagian, misalnya 60% dalam ASB, 30% dalam tabung haji dan 10 peratus lagi dalam simpanan biasa.
Vaporwave Neon Effect Photoshop Tutorial
-
The elegance of classic Renaissance sculptures and the vibrant neon colours
of the Vaporwave aesthetic are two contrasting styles you wouldn’t expect
to ...
1 week ago
No comments:
Post a Comment