Adalah difahamkan bahawa pemilik telefon pasca-bayar sememangnya telah pun membayar caj 6% yang dimasukkan kedalam bil yang diterima setiap bulan.
Bayaran tambahan ini walaupon dilihat kecil, tapi ia membebankan terutama kepada pelajar dan mereka yang tinggal dikampung-kampung yang berpendapatan kecil. Ini memandangkan biasanya mereka yang tinggal dikampung yang jauh biasanya berpendapatan kecil.
Persoalan lain, adakah 6% itu berbaloi dengan servis yang diberikan ??
Dengan servis yang selalunya jem, terutama dimusim perayaan, dan servis yang bukan-bukan yang tidak dapat dihentikan oleh penyedia-penyedia sistem telekomunikasi ini. Sebagai contoh :
Ini semua sepatutnya diperbetulkan dahulu, sebelum mengenakan caj yang membebankan.
Begitu juga, apa kata di buat penambahbaikan keatas sistem pra bayar yang ada sekarang. Misalnya, hanya menutup kemudahan membuat panggilan jika tiada baki lagi yang tinggal. Jika masih ada lagi baki, biarkanlah pengguna untuk membuat panggilan, walaupon sesudah tiga bulan.
Baru la rasa berbaloi.
Ini baki masih ada RM60 tapi sudah tidak boleh digunakan untuk membuat panggilan. Ini dah jadi satu sistem yang zalim.
Walaupon perkhidmatan tidak digunakan, tetapi pelanggan tetap kena bayar. Zalim.
Apa kata kita pulaukan mereka ini, kita pakai skype. Antara skype dengan skype, tiada kena bayar.
Marilah kita berubah.
No comments:
Post a Comment