Monday, June 13, 2011
Closure of sales for Public Ittikal
Akan tetapi proses pelaburan yang menggunakan Direct Debit atau arahan tetap pelaburan masih tetap diterima.
Public Ittikal memberikan perlindungan takaful secara percuma kepada pemegang-pemegang unitnya yang melebihi 5,000. Dimana setiap satu unit dalam Ittikal bersamaan satu ringgit dalam Takaful.
Friday, March 25, 2011
Sah! Kopi Itu Bercampur Gelatin Babi - Jabatan Agama Johor
Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.
“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.
“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Bagaimanapun, kata Zainal, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit melainkan menasihati peniaga supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal.
“Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal,” katanya.
Difahamkan, pengusaha premis terbabit akan hadir ke pejabat JAJ, hari ini. Selain di Johor, kedai kopi itu dikatakan turut memiliki cawangan di Lembah Klang.
Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menghantar lima pegawai ke premis terbabit, kelmarin.
“Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ.
“Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Abdul Hamid, jika premis terbabit memaparkan logo halal, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.
Sehubungan itu, menasihatkan pelanggan beragama Islam supaya berhati-hati memilih lokasi untuk menjamu selera.
“Sepatutnya orang Islam memastikan tanda logo halal sebelum memasuki sesuatu premis itu kerana dalam kes ini, tiada langsung logo berkenaan dipamerkan tapi pengguna Islam masih ke situ untuk menjamu selera.
“Pada masa sama, pengusaha terbabit juga perlu lebih bertanggungjawab kerana premis perniagaan mereka sering dikunjungi pelanggan beragama Islam,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Persatuan Pengguna Bumiputera Johor Bahru berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pengusaha premis terbabit secepat mungkin dan menasihati pengusaha berkenaan supaya mempamerkan kandungan minuman dan makanan kepada pelanggan.
“Kami menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada orang ramai yang bimbang selepas melihat sebaran berkaitan isu berkenaan di Internet dan laman web sosial,” katanya. -hm
==========================================================================
Dalam hal ini siapakah yang bersalah atau boleh dipersalahkan ??
1) Tokey kedai yang bukan beragama Islam ??? Memang beliau bukan beragama Islam, memang beliau makan benda babi tu. Salahkah beliau tak ambil lesen halal JAKIM ??
2) Adakah JAKIM boleh dipersalahkan ? Tokey kedai kopi tu yang tak mintak lesen pasal nak meniaga makanan haram. Takkan jakim nak halang orang bukan Islam meniaga makanan haram ??
3) Atau bolehlah meletakkan kesalahan itu kepada orang Melayu yang bangang yang nak jugak makan kat tempat yang bukan-bukan.
Sekarang ni pon orang Melayu dah macam orang Cina, suka menda-menda makan nih. Pau Kuala Kangsar la, Nasik Ayam Bukit Bintang la.
Monday, March 21, 2011
Tanam Kuchai Keliling Rumah
ARKIB : 10/01/2009
Kucai dalam pasu bantu Sarina
![]() |
Sarina Che Bai mengusahakan tanaman sayuran kucai mengunakan pasu bunga di keliling rumahnya di Kampung Keda, Ulu Bakai, Baling, Kedah. – Gambar ismail kamadin |
BALING 9 Jan. - Jika disebut nama Allium Tubarosa Rottler tentu ramai yang tidak mengetahuinya, jauh sekali menyedari tanaman itu rupa-rupanya lebih dikenali di negara ini sebagai kucai.
Tanaman daripada keluarga Liliacea itu cukup popular khususnya di kalangan masyarakat Melayu kerana ia menjadi penyedap makanan seperti cucur udang dan mihun goreng selain mempunyai khasiat tersendiri.
Itulah kucai, sayur penting walaupun asalnya tanaman yang mudah diperoleh dan paling banyak ditanam di pinggir rumah.
Pun begitu, bagi Sarina Che Bai, 38, dari Kampung Keda Ulu Bakai, Mukim Bakai dekat sini, tanaman tersebut menjadi pilihan untuk ditanam di kawasan rumah yang didiami.
Menariknya, Sarina tidak sebagaimana kaum hawa lain menjadikan pasu hanya untuk tanaman bunga, tetapi dia menanam kucai yang subur menghiasi laman rumahnya.
Wanita yang mempunyai lima orang anak itu berkata, daripada 20 hingga 50 pasu kucai, dia memperluaskan lagi tanaman tersebut dari masa ke semasa.
Kata Sarina, berkat usahanya itu mendapat perhatian pihak Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) untuk membantunya menambah tanaman kucai di dalam pasu.
Hasilnya, kini tanaman kucai Sarina telah mencecah hampir 1,000 pasu sehinggakan tidak ada lagi ruang kosong di sekeliling rumahnya.
Menurut Sarina, dia dan keluarganya mengusahakan tanaman kucai itu sejak enam tahun lalu, pada mulanya hanya sekadar untuk dijadikan sumber sayur -sayuran harian.
Tambahnya, kucai yang ditanamnya dijual dengan harga RM4 sekilogram dan pada musim tertentu dia menghasilkan antara lima hingga 10 kilogram kucai sehari.
Isteri kepada Mohd. Zainol Jaafar, 50, itu seakan tidak mempercayai usaha menanam kucai ini berjaya menarik perhatian penduduk lain dan peniaga runcit yang sering datang membeli hasil tanamannya.
Ia membantu keluarga Sarina menambah sumber pendapatan walaupun ramai yang pada mulanya tidak yakin usaha tersebut akan berhasil.
Sarina kini menumpukan sepenuhnya kepada tanaman kucai dan bukan lagi
menjadikannya sebagai tanaman sampingan, malah pendapatan diperoleh hasil daripada tanaman tersebut mencukupi untuk menampung keluarga.
Tuesday, February 15, 2011
Bolehkah untuk menghimpun emas ?
Sekarang ini, berbagai cara boleh didapat untuk mengumpul emas. Ada melalui belian di akaun emas. Seperti akaun Mayban Gold atau Public Gold. Yang dengar kedua-dua cara ini hanya emas atas kertas sahaja. Emas sebenarnya tidak wujud.
Ada juga yang membeli bullion atau jongkong emas yang beratnya sekitar 100gm. Ada juga yang membeli dinar emas. Walau apa pun cara pembelian emas itu, Ianya adalah dengan tujuan untuk mengumpul emas dengan harapan harga emas akan melambung naik pada masa hadapan.
Apakah hukumnya dalam Islam ???
Allah telah berfirman dalam surah At-Taubah 9:34-35, Mafhumnya "Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu."
Jadi persoalan disini adalah, adakah dibenarkan untuk menghimpun emas untuk tujuan menunggu sehingga harganya naik lalu dijual ?
Adalah difahamkan menyimpan emas seperti dalam ayat diatas adalah bermaksud, menghimpunkan emas tanpa tujuan tertentu (hajat). Iaitu menyimpan agar emas itu tidak beredar dipasaran atau menyimpan untuk membuat profit taking iaitu menunggu sehingga harganya naik kemudian dijual.
Akan tetapi jika menyimpan untuk satu tujuan tertentu adalah tidak mengapa. Sebagai contoh untuk membina rumah, menghimpun modal untuk meniaga ataupon untuk tujuan pergi haji ini bukanlah menghimpun sebaliknya dianggap sebagai menabung.
Ini boleh dilihat didalam beberapa hadis, antaranya :
"…Rasulullah saw pernah membeli kurma dari Bani Nadhir dan menyimpannya untuk perbekalan setahun buat keluarga…" (Hadis riwayat Bukhari);
"Simpanlah sebagian dari hartamu untuk kebaikan masa depan kamu, karena itu jauh lebih baik bagimu." (Hadis riwayat Bukhari).
Wallahualam.
Monday, February 7, 2011
Dulu pernah cerita pasal kelapa
Pada ketika itu, tidak terfikir pon bahawa harga buah kelapa (bukan kelapa sawit) akan meningkat sehingga RM1.80 sebiji, dan harga santan boleh mencecah RM5.00 sekilo. Seorang sahabat sahabat memberitahu semalam, bahawa ditempatnya harga sekilo santan mencecah sehingga RM9.00.
Ada yang mengatakan ini adalah kerana kebanyakan pekebun sekarang sudah menukar tanaman mereka kepada kelapa sawit. Ini menyebabkan bekalan kelapa semakin kurang dipasaran. Seorang sahabat yang lain ada bercerita, bagaimana suatu waktu dulu, di Bagan Datoh amat terkenal dengan kebun kelapa dan kopra (sampai sekarang saya tak tau apa itu kopra). Tetapi sekarang, kalau pergi ke Bagan Datoh, hanya yang ada kelapa sawit sahaja. Saudara kepada sahabat saya itu juga berasal dari pekebun kelapa, tetapi telah menukarkan kebunnya menjadi kebun kelapa sawit beberapa tahun yang lalu. Ini kerana dikatakan pada masa itu harga kelapa sawit agak tinggi berbanding kelapa.
Teringat sewaktu kecil saya dahulu, apabila kekedai untuk membeli kelapa parut, harganya hanya dalam RM0.30 ke RM0.40 sahaja sebiji. Sekarang saya tak tau, dipasar-pasar biasanya peniaga terus menjual santan sahaja. Semakin ramai orang yang malas untuk meramas kelapa parut agaknya.
Saya sendiri kadang-kadang hanya menggunakan santan kotak, konon untuk mengurangkan kolestrol dalam makanan.
Tuesday, October 5, 2010
Chinese Wisdom
|
Tuesday, August 10, 2010
Selamat Datang Wahai Ramadhan
Kepada yang mungkin lupa atau tak ingat niat puasa. Bolehlah guna contoh niat diatas.
Bila nak berbuka, baca la niat nih pulak.
Friday, June 25, 2010
Hari Potensi Tabika Kemas Peringkat Kebangsaan 2010
Aisyah telah mengambil bahagian dalam acara Boneka Tangan. Seronok sungguh dia. Sehari sebelum bertoloak ker Behrang, Aisyah demam, terpaksa bawak jumpa doktor malam tu jugak. Jenuh, kena pakai nebulizer.
Ini gambar Aisyah masa sebelum pergi hospital. Dia nampak macam ok jer, tapi ada semput. Selalunya memang kena pakai nebulizer la. Doktor tu tanya la, apa aktiviti Aisyah. So kitorang pon cakap la, dia ada puppet show besok kat Behrang sebagai wakil Wilayah Persekutuan.
Doktor terkejut, dia tanya "Anak awak ni sekolah tadika mana sampai jadi wakil sekolah pulak ?". Kitorang pon gelak la, cakap jer tadika kemas.
Agaknya doktor pon pelik, baru sekolah tadika dah jadi wakil negeri.
Ini kawan satu sekolah Aisyah. Nama dia Hakimi. Dia pon main boneka tangan jugak, sebagai Gergasi. Rasanya Aisyah demam jangkit dari Hakimi ni la kot, pasal Hakimi pon demam seminggu sebelum pergi ke Behrang tu.
Ini pulak Shanor, kawan Aisyah jugak. Shahnor sebagai Kambing dalam lakonan boneka tangan tu. Aisyah berlakon sebagai Katak dan Siput. Naik bas pon nak duduk bersama.
Selalu pergi berlatih pon bersama-sama kat Pejabat Kemas, Batu Muda.
Inilah pemandangan dari asrama Aisyah di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang.
Rasa nyaman dan sejuk jer mata memandang. Syok pulak.
Ini pulak pemadangan waktu terbit matahari dari rumah Nek Tam, Kira-kira 3 kilometer dari Politeknik Sultan Azlan Shah. Sejuk dan cantik la pulak.
Selama 4 hari kat Behrang, hari-hari lepas subuh, mesti lepak kat luar, tengok pemandangan macam ni.
Memandangkan acara Aisyah hanya akan diadakan pada hari Ahad. Maka pada hari Sabtu, cikgu-cikgu boneka tangan telah membawa murid-murid mereka untuk menonton pertandingan teater.
Agak boring jugak, tapi seronok. Budak-budak nih pon seronok sakan menggelakkan murid-murid lain yang melakukan kesilapan.
Cikgu pon apa lagi, sound la diorang, "Kalau korang pon buat silap macam diorang yang kat atas pentas tu, korang pon nanti kena gelak jugak.". Cuak jugak muka masing-masing.
Ini merupakan antara boneka-boneka buatan tangan oleh cikgu-cikgu tabika kemas Aisyah. Antara yang kelihatan ialah, monyet, gergasi, gajah dan kambing.
Tengok masa cikgu buat nih, jenuh jugak la. Remeh jer.
Ini pon memberi mata jugak dalam pertandingan tu.
Masa ni sedang menunggu giliran dibelakang pentas.
Semua kena pakai 'jump suit'. Masa ni kalau Aisyah tak tegur, tak kenal itu Aisyah.
Sori la, gambar masa pertandingan tuh tak dapat nak amik, pasal gelap. Kamera pon bukan kamera mahal. Jadi gambar masa dah abis jer la buleh nak amik. Baru dapat pegi dekat dengan pentas.
Bersama-sama dengan boneka masing-masing.
Lepas persembahan. Dapat hadiah saguhati. Glass chess set ngan board game. Ada dalam sepuluh board game la.
Barisan guru dan murid-murid selepas persembahan. Semua confident menang dah.
Inilah hadiah yang Aisyah dapat. Satu piala kristal dan set permainan monopoly edisi Malaysia.
Yang paling bangga, bapaknya. Kerana kumpulan anaknya telah berjaya mengalahkan kumpulan-kumpulan lain yang terbaik dalam negeri masing-masing. Kerana kumpulan Ceria, merupakan juara antara juara.




